Jumaat, 6 februari 2008. 10.00 malam.
Kudin, jeff, jack, kachak, ebal, akim bermain badminton di DSG.
Khalid ditinggalkan oleh mereka di library. Sibuk berbincang hal rumah tangga katanya.
Nak di jadikan cerita mereka pun bermain dengan bersemangat. Mentang2 la cuti lama.
********Team jack&akim versus Team kudin&ebal**********
Game sangat sengit. Sehingga kudin terkontang kanting menyelamatkan bulu tangkis.
Manakala ebal pula berterbangan mengsmash.
Mereka? Akim steady bersahaja. Jack pula sangat hebat walaupun berkaki ayam.
Tiba suatu detik kudin terbalas bola lambung kepada jack.
“aduh, mampos aku kene smash!” bisik hati kudin.
Jack yang tinggi lampai (mcm dlm citer ape tah), melompat dengan tinggi setinggi2nya. Raket diayun sekuat hati. Dan…
Masa seolah-olah terhenti. Kemudian start kembali perlahan2 dalam beberapa milisaat speednya,
Bulu tangkis entah kemana.
Suatu objek melayang (slow-motion) melepasi jaring.
Kudin sedar akan objek itu. Kudin bertempiaran bagi mengelakkan kecederaan otak.
“ketepek!”
Mereka semua terdiam.
Kepala raket yang melayang rupanya.
Reaksi jack undefined. Jeff tergamam.(raket itu milik beliau)
DSG riuh sejenak
Petunjuk arah: DSG= Dewan Serbaguna KMPk
No comments:
Post a Comment
komplenan