Konvensyen Mahasiswa Melayu: Memperkasakan Mahasiswa Melayu
Universiti Malaysia Terengganu
aku nak extract sikit-sikit. Ini ilmu. kalau crita pasal xsenonoh suka je kome baca. cilaka.
Wacana 1 by Y.Bhg.Prof.Madya Datuk dr. Ahmad Faiz Hj. Abdul Hamid
"Pencapaian Mahasiswa Melayu: satu tinjauan di IPTA"
sumpah mengantuk. ini time memang aku tak into sangat. point pun tak take note. secara roughly, menceritakan pasal komposisi pelajar melayu di universiti tempatan pada tahun 1964-1970 yang mana, pelajar melayu hanya terdiri daripada 6% sahaja berbanding 94% lain-lain kaum. pada masa tu susah nak masuk u. sedar lah wahai orang melayu. sedarrr.. skang ni kemain senang masuk u, dulu masuk universiti ikut kuota, skarang ikut meritokrasi. dia pesan jangan la jadi melayu gampang sangat. lebih kuranggg lahhh. alahh. selainnya mintak maaplahh. memang gua tertidur sampai mampus. tak menarikk!
Wacana 2 by Y.B Datuk Paduka Ibrahim Ali
"Politik Mahasiswa: Kemana Arahnya?"
Ini uncle memang cool, suke lompat macam katak, lompat parti. borak-borak ala berboxing kt parlimen. cerita nak politik je. ini uncle dulu dia pelajar ITM 1974. tahun ni, dia dan kuncu-kuncunya memberontak bagai nak rak pasal nak upgrade ITM ke universiti(mintak maaf kalau salah info, aku ngidap STML). sampai dia sendiri take over seluruh ITM utk menyuarakan keinginan beliau. cakap leklok tanak dengor. nak dijadikan cerita, Tun Razak jumpa ngn beliau dan settle, skang ITM dah dikenali sebagai UiTM. bebudak UiTM, kalau aku salah correct kan. selepas peristiwa tersebut beliau dipenjara di ISA. cool. satu bilik dengan Anuar Ibrahim. xpenah pulak dia kena sontot katanya. HOHO. selama 2 tahun dipenjara, amik final exam di sana. sangat seronok katanya masuk dalam tu. wacananya menekankan bahawa, sebagai mahasiswa, kita perlu menyuarakan hak-hak pelajar dalam soal keperluan akademik, sosial, prasarana dan sebagainya walaupun terpaksa menyuarakannya dengan radikal. ya, beliau setuju dengan demonstrasi yang lebih radikal. tidak perlu takut untuk berdiam diri, VC? xyah takut katanya, hahaha. setakat nak bersuara utk gali kolam renang, buat pintu gerbang baru ke, issue free underwear ke, terserahlah pada anda mahasiswa. UPNM no komen. pegawai kadet semua sayang VC. saya tidak. HOHO
Wacana Perdana, YG.AMAT.BHG TUN Che det
"MAHASISWA MELAYU: cabaran dan wawasan"
katanya, melayu penuh dengan adat. sampai kala, adat tu menyusahkan melayu sendiri. seperti contoh ya wahai melayu melayu minimalis moden, Pendita Za'ba pernah menceritakan kisah mengenai Malays pada beliau. Malays amat bersopan santun. malays diajar bersopan santun dari kecik sampai besar. dari budi bahasa, kelakuan, adab makan, macam-macam lagi, kadang-kadang ia terlalu simbolik dan pada aku terlalu leceh. Pada suatu hari seorang melayu berjalan mahu keluar dari kampung. Jalan kampung itu sangat lah kecil, seorang atau sebuah kenderaan sahaja boleh keluar masuk. nak dijadikan cerita, orang melayu ni bertembung dengan seorang lagi hamba Allah. orang melayu pun bergerak ketepi, memberi laluan pada Hamba Allah tersebut. perkara berkenaan masih lagi berlaku even di Bukit Bintang, panggung wayang, LRT dan lain-lain lagi. Orang melayu kini, berjalan di khalayak ramai, di bandar, masih lagi mengamalkan nilai murni yang sama, tetapi, kali ini, jalan yang besar, orang pun ramai. Sesekali 2 3 orang lalu, dia memberi laluan, 4 5 orang lagi pun dia beri laluan, bandar sangat ramai orang, kadang-kadang dia tak dapat nak bergerak kehadapan, walaupun dapat, malam karang mungkin. Point yang sbenarnya che det nak cerita, Melayu tak boleh lagi mengamalkan sikap begitu dalam arus pemodenan kini. Melayu harus bergerak, bergerak kehadapan, jangan hiraukan orang lain, teruskan merempuh. tak perlu beri peluang pada orang lain. Orang kata, "biar mati anak, jangan mati adat" itu semua bullshit. kata Tun kata, "kalau mati anak, macam mana adat nak diteruskan?". Sama juga dengan keduniaan dan akhirat. kedua-dua aspek ni harus seimbang. kalau kau semua sembahyang, siapa yang nak pegi tanam padi. last-last semua mampus kelaparan. kalau semua tanam padi, diakhirat nanti macam mana? renung-renungkan la orang Melayu.
tak gheti-gheti lagi?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
rajin plak ang dngr depa nie mencarut...
ReplyDeletepenipu!aku xcayer ko dengar sume nie,mungkin ko tayer bdk2 len,ko msti lelap dari a smpai z punyer!hahah..gua bukn syg vc,tp respect org tua ok,haha..bapak aku ajor hormati org tua,tu jer...adiooss...~!
ReplyDelete