"Bermain gitar sambil menyanyi"- lu jangan pikir lu boleh, ingat senang ke????!

Bermain gitar adalah satu hobi gua. gua telah mula berkecimpung dalam dunia instrumen muzikal ini since gua berumur 13tahun lagi. gua ingat lagi pertama kali gua dapat gitar iaitu pada 27 Januari 2004 yang mana opah gua hadiahkan kepada gua. thanks opah. sebelum gua dapat gitar pertama, gua belajar ngn pejol(sahabat lama) selama setahun. blaja amali dgn pejol 30%, 60% lagi gua blajar melalui buku-buku chord gitar yang simple-simple. time tu gua banyak main lagu westlife. haha. lgu die bes n senang main. sekarang xlagi. gua dah menyampah ngn westlife. budak-budak hingusan suke r. skrg hingus gua dah kering.

gua sering dipanggil untuk konsert free. cilaka


sekarang sudah 6 tahun gua main gitar. dah boring sebenarnye. huhu. gua dah boleh main apa saja chord, gua lebih kepada slow akustik. tidak kepada rock keras. strumming gua juga perfect. tetapi gua xpandai 'goreng'. gua juga boleh menyanyi sambil memetik gitar. lu jangan ingat senang. ada orang berterabur. ini adalah berkaitan dengan capability otak kiri dan kanan anda berfungsi secara serentak. otak gua buleh. bagi la gua lagu laju ke susah ke, otak gua bulih pickup.

TATAPI
(cerita sebenar baru nak mule. atas ni mukadimah je gagagagaga.)

gua ta bulih betul buat dua kerja dalam satu-satu masa jika salah satu drpdnya adalah bercakap dalam talipon. bukan sebelah otak gua je hang, dua dua hang. mcm komputer hang bile multitasking.

hari ini. hari segan sedunia buat gua. hari ini gua merayau-rayau bersama 3 org kutu di Pertama shopping complex. gua nak survey henpon lah. sedang gua rayau-rayau gua nampak tandas dan teringin sangat untuk buang air. dalam masa yang sama, sorang makcik kelantan ni call, mau tanya khabar. gua tanpa kompromi jawab panggilan itu sambil meluru ke tandas. sambil bercakap dalam talipon.

"weeeheheeheheheheh!!!!!! sini! sini!" satu suara datang entah dari mana.

gua pandang belakang, gua masih bercakap dalam talipon sambil gagap kadang-kadang. sorang makcik kelihatan seperti cleaner dan sedang menunjuk sesuatu di sebelah kanannya dan bersuara dengan nada medium "sini! sini! sini!"
gua buat tak peduli.

gua tolak pintu tandas. gua nampak orang berambut panjang, gua blur. masih bercakap dalam talipon dan tersekat-sekat, hang la tu. makcik tu kian bising. gua pandang blakang.

"sini! dik oi! tu tandas pmpuan!"

'orang' dalam tu menjerit bile menyedari gua menjengah.

gua tutup pintu, tertera perkataan bahasa inggeris 'ladies'

gua segan. dengan erti kata lain, malu.

gua xbuleh multitasking dengan talipon. itu ceritanya.

(adnen yang juga mengekori gua kelihatan biasa, senyap, macam tade pape berlaku dan neutral,aku rasa die xsedar la)

3 comments:

komplenan